Blogspot atau dikenali sebagai blogger biasa digunakan
sebagai platform blogging. Blogspot dimiliki oleh Google dan telah aktif selama
berpuluh-puluh tahun. Namum setelah wujudnya perkembangan pesat laman web
sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter dan sebagainya.
Ramai blogger tidak
lagi aktif di dalam blogging dan seterusnya mereka mula lupa dengan kewujudan
blogspot.Blogspot tidak diabaikan oleh Google. Malah, ada beberapa
perubahan telah dilakukan oleh Google.
Kesannya,
Blogspot masih menjadi pilihan
utama blogger-blogger daripada menggunakan Wordpress.org dan Wordpress.com yang
memerlukan web-hosting untuk databasenya.
Sebab-Sebab Kenapa
Anda Mesti Memilih Blogspot! 100% Percuma Seumur Hidup
Oleh kerana Google menawarkan Blogspot secara percuma,
anda boleh menggunakan platform ini tanpa sebarang kos (tak perlu beli domain,
tak perlu beli hosting).
Jika anda mempunyai 10 produk, anda kena beli 10
web-hosting dan domain.
Dengan blogspot anda dapat berjimat sehingga ribuan
ringgit setahun.
Tidak Memerlukan
Web-Hosting
Blogspot adalah platform jenis web-based. Oleh itu, anda
tidak perlu melanggan pakej web-hosting yang mengenakan caj tahunan.
Anda cuma perlu mendaftar akaun blogger dan akaun
tersebut sudah boleh digunakan.
Boleh Pasang
Custom Domain
Walaupun blogspot menawarkan URL percuma, anda masih
boleh pasang domain custom sendiri.
Contoh, menjadikan URL blogspot anda dari
www.BLOG-ANDA.blogspot.com ke www.BLOG-ANDA.com
Tiada Isu Server
Anda tidak perlu bimbang tentang space web-hosting dan
brandwitdh habis. Sebab, dengan Blogspot anda ditawarkan unlimited space (untuk
simpanan gambar) dan brandwitdh tanpa sebarang caj.
Dan, anda juga tidak perlu bimbang berkenaan isu server
seperti server down atau masalah loading yang lambat.
Manage Blogspot Di
Mana Sahaja
Dengan hanya ada sambungan internet, anda sudah boleh
manage blog anda di mana sahaja. Anda boleh akses ke blogger.com dengan
menggunakan desktop, laptop, tablet mahupun smartphone anda.